HRDF Claimable . HRD Corp Registered Training Provider

Program Team Building

HRDC Claimable

Kami Bantu Dari A-Z 

Claim Jalan, Program Pun Jalan

Tak pasti macam mana nak claim HRDC?
Jangan risau — kami guide dari awal sampai selesai.
Anda fokus pada team, kami uruskan selebihnya.

Training Provider Berdaftar

Berdaftar dengan HRD Corp untuk program latihan

Trainer Certified & Accredited

Trainer kami certified & accredited HRD Corp trainers

Dokumen Program Disediakan

Kami bantu sediakan dokumen program untuk submission grant

Beritahu jumlah peserta, tarikh cadangan dan objektif program

APA YANG BOLEH DI-CLAIM MELALUI HRDC?

3 KOMPONEN UTAMA YANG ANDA PERLU TAHU

TRAINING CONSULTANT

Kami mamberikan kadar harga yang berpatutan untuk aktiviti indoor dan outdoor

Untuk program kami, kebiasaannya masih di bawah kadar maksimum tersebut. Kami berikan sebutharga mengikut jumlah peserta.

PENGINAPAN & MAKAN

Kami ada lebih 220 lokasi team building friendly seluruh Semenanjung Malaysia.

Kami bantu cadangkan lokasi berdasarkan jarak, & jumlah peserta.

Disarankan berurusan terus dengan pihak hotel untuk dapatkan harga sebenar.

Kami guide dari segi dokumen & keperluan untuk claim HRDC.

TRANSPORT

Kami boleh cadangkan beberapa vendor transport jika diperlukan.

Contact terus dengan vendor untuk dapatkan harga terkini.

Kami bantu guide dari segi dokumen & keperluan claim.

KETIGA-TIGA KOMPONEN INI BOLEH DITUNTUT —

asalkan disusun dengan betul mengikut garis panduan HRDC.

Dokumen lengkap, resit rasmi & maklumat tepat = claim lebih mudah & cepat diluluskan.

Flow Sebenar Proses Claim HRDC

Dari Rancang → Sampai Claim Masuk

Dari pemilihan program sehinggalah claim masuk ke akaun — semuanya ikut flow yang jelas dan tersusun.

Pilih Program

Pilih program team building yang sesuai dan claimable.

Apply

Hantar permohonan melalui sistem e-TRIS.

Approval

HRDC semak & luluskan permohonan anda.

Program Jalan

Program dijalankan ikut objektif & modul yang diluluskan.

Submit Dokumen

Hantar dokumen selepas program melalui e-TRIS.

Claim Masuk

Bayaran diproses dan dikreditkan ke akaun syarikat.

Nota (Polisi Terbaru HRDCorp)

Bermula 15 Jun 2026: Permohonan grant telah diperketat, perlu dipohon dan kelulusan minimum 14 hari sebelum tarikh program dijalankan.

Nampak macam banyak step...

tapi bila ikut flow yang betul, semuanya jadi smooth.

Dibimbing di setiap langkah

Dokumen ikut keperluan HRDC

Kurangkan risiko claim ditolak

Jimat masa & tenaga

Lebih yakin proses claim

Kami pastikan anda layak, kami bantu anda setiap langkah

sampai claim berjaya.

Adakah Syarikat

Anda Layak?

Pastikan syarikat anda memenuhi syarat utama untuk membuat tuntutan di bawah HRDCorp.

SYARAT KELAYAKAN UTAMA

Majikan Berdaftar HRDCorp

Syarikat anda mestilah majikan yang aktif mencarum levi di bawah Akta PSMB 2001.

Mempunyai Baki Levy Mencukupi

Pastikan dana levy sedia ada dalam akaun e-TRIS mencukupi untuk menampung kos program.

Program Berunsur Latihan

Program mempunyai objektif, modul dan hasil pembelajaran yang jelas (bukan sekadar fun & games).

Kos Dalam Had HRDC

Kos program dan logistik mestilah mengikut had tuntutan (allowance) yang dibenarkan.

Ada soalan tentang HRDC?

Hubungi kami, team kami sedia bantu beri penerangan dan panduan dengan jelas.

Di Sebalik Proses Ini – Siapa Buat Apa?

Proses claim HRDC melibatkan kerjasama antara pihak anda (Client) dan kami (Training Provider) di setiap peringkat.

KAMI (TRAINING PROVIDER)

Sediakan modul & itinerary

Kami sediakan modul latihan, jadual program (itinerary) ikut garis panduan HRDC.

Sediakan profil trainer & sijil

Profil jurulatih, sijil trainer (TTT / Exemption) dan dokumen sokongan yang sah.

Sediakan quotation & dokumen TP

Sebut harga (quotation), proposal program dan dokumen TP yang diperlukan untuk permohonan.

Bantu jawapan teknikal (jika perlu)

Jika HRDC keluarkan query, kami bantu sediakan maklumat atau pindaan teknikal supaya anda boleh balas dalam e-TRIS.

Kami pastikan program anda patuh syarat & standard HRDC supaya permohonan lebih lancar.

ANDA (CLIENT / HR)

Tentukan tarikh & pilih lokasi

Anda tentukan tarikh program. Kami boleh cadangkan lokasi yang sesuai (ikut jarak, jumlah hari, peserta & kapasiti).

Urus tempahan & logistik peserta

Anda urus booking resort/hotel, pembayaran, pecahan bilik, jumlah peserta lelaki & wanita, dll. Dokumen logistik & resit adalah di bawah pihak anda.

Hantar permohonan di e-TRIS

Anda muat naik dokumen yang kami berikan dan hantar permohonan geran (grant).

Senarai peserta & maklumat syarikat

Anda sediakan senarai nama & butiran peserta mengikut format e-TRIS.

Anda kendalikan submission & logistik, kami bantu pastikan perjalanan lancar.

Kerjasama yang jelas, proses lebih mudah, claim lebih berjaya.

Program Berkesan

Pasukan Berimpak

Jimat Masa & Tenaga

Syarikat Maju Bersama HRDCorp

Nota: Semua tuntutan tertakluk kepada garis panduan & terma semasa HRDCorp. Kami akan kemas kini mengikut peraturan terkini untuk anda.

Berkuat kuasa 15 Jun 2026

Employer’s Circular No. 2/2026

Peraturan Baharu Geran HRD Corp

Rancang lebih awal supaya tarikh latihan tidak tersangkut.

GERAN LULUS

14 HARI KALENDAR

TARIKH PROGRAM

Contoh: Lulus 1 Julai → Program paling awal 15 Julai

Tiada Pindaan Geran

Tarikh, lokasi & trainer tidak boleh diubah selepas lulus

Tarikh Mesti Confirm

Tarikh tentatif tidak diterima • Program mesti bermula dalam 90 hari

Respon Query: 5 Hari

Lewat respon • geran boleh expire

Tiada Rayuan

Geran ditolak / expired • perlu mohon semula

Maklumat ini berdasarkan polisi rasmi HRD Corp. Kami bantu anda rancang timeline & dokumen supaya permohonan lebih lancar.

Team Building Bukan Sekadar Aktiviti Santai.

Ia Pelaburan Yang Boleh Dituntut Semula!

Apabila disusun sebagai program latihan berstruktur, setiap aktiviti team building anda boleh menjadi program pembangunan yang layak dituntut melalui HRDCorp.

Anda bukan sekadar buat program

anda melabur untuk perubahan sebenar dalam pasukan.

HASILNYA? SYARIKAT ANDA MENANG BERGANDA.

Jimat Kos Guna Dana Levy

Gunakan dana levy sedia ada tanpa bebankan bajet operasi syarikat.

Pasukan Lebih Kuat & Selari

Kerjasama, komunikasi & motivasi meningkat — pasukan lebih padu dan produktif.

Objektif Organisasi Lebih Jelas

Program dirancang untuk menyokong matlamat syarikat & memberi impak yang nyata.

Program Berimpak, Bukan Sekadar Fun

Aktiviti berstruktur yang membina kemahiran, keyakinan dan budaya kerja positif.

Transformasi dari kumpulan pekerja kepada satu pasukan yang padu & berprestasi melalui dana HRDC anda.

300+

Syarikat Telah Berjaya

20+

Tahun Pengalaman Dalam Latihan

100,000+

Peserta Di Seluruh Malaysia

220+

Lokasi Program Seluruh Malaysia

Latih hari ini. Bina pasukan yang lebih kuat. Gunakan dana HRDC dengan bijak. Lihat impak sebenar esok.

Lihat impak sebenar esok.

Soalan Lazim Tentang HRDC Claim

Jawapan ringkas kepada persoalan yang sering ditanya oleh HR dan pihak pengurusan.

Ya, sama, HRDF adalah nama lama, sekarang dikenali sebagai HRDCorp (atau HRDC). Ramai masih guna istilah HRDF sebab dah lama biasa, tapi dari segi fungsi dan proses claim — semuanya diuruskan di bawah HRDCorp.

Jadi kalau tuan/puan dengar:

  • HRDF
  • HRDC
  • HRDCorp

 semuanya merujuk kepada badan yang sama.

Boleh , asalkan program tu memang disusun sebagai latihan (bukan sekadar aktiviti kosong).

Kami akan pastikan:

  • ada objektif jelas
  • ada modul & flow pembelajaran
  • cukup jam seperti requirement HRDC

Pendek cerita, kami setup supaya memang layak untuk claim. Memang ini kerja kami.

Kena mohon sebelum program ya

Flow dia simple je:

  1. Siapkan detail program (kami sediakan)
  2. Submit grant (kami bantu guide)
  3. Dapat approval
  4. Jalankan program
  5. Lepas tu baru claim (claim dibuat semasa submit grant. Selepas program, claim akan terus release)

Yang penting: jangan buat dulu baru mohon (ini ramai tersilap)

Boleh, memang itu yang kami buat setiap minggu

Kami akan guide:

  • apa info perlu isi
  • macam mana nak submit
  • apa yang HRDC akan check

Kalau ikut step betul, biasanya smooth je tanpa masalah.

Secara asas, ada 3 bahagian:

  1. Training (konsultan)
    – HRDC bayar direct kepada kami (selepas program)
  2. Penginapan & makan
    – tuan/puan bayar dulu, kemudian claim semasa apply grant.
  3. Transport (bas/van)
    – juga bayar dulu, kemudian claim

Semua ni memang asing-asing proses dia. Tapi kami akan bantu guide.

Kalau semua info lengkap, approval untuk program team building biasanya:
– kadang 1 hari pun boleh approve

Kalau ada query:
– HRDC akan tanya → kita jawab → masuk queue balik

Sebab tu penting buat betul dari awal.

Biasanya dalam:
 1 – 3 minggu

Tapi kalau peak season (banyak program):
– boleh ambil masa lebih sikit

Untuk:

  • hotel / penginapan
  • transport

tuan/puan perlu bayar dulu

Untuk training:
– HRDC akan bayar terus kepada kami selepas program

Boleh je. Kami pergi kemana saja lokasi pilihan tuan/puan, 
Kalau tiada Lokasi? Kami boleh cadangkan, kami ada lebih 180 cadangan lokasi dalam negara yang team building friendly, mengikut jumlah peserta. Tapi pilihan tetap di tangan tuan/puan.

Kami cuma bantu pastikan:

  • lokasi sesuai untuk aktiviti
  • cukup fasiliti
  • meet requirement HRDC

Kalau buat sendiri tanpa guide…
– boleh jadi pening sikit

Tapi kalau ikut flow yang betul:
– sebenarnya straightforward je

Sebab tu kami akan bantu dari awal supaya:
– tak sangkut, tak kena query, cepat approve

Tak pasti?

Kami boleh bantu semak kelayakan anda.

Mudah . Tersusun . Berpengalaman

Kami disini untuk memudahkan urusan anda dari awal hingga claim berjaya.

Nak Survey Dulu?

Memang Itu Tujuan Kami.

Tak perlu confirm apa-apa, kami bantu beri cadangan supaya anda boleh buat keputusan dengan lebih yakin.

PROSES SURVEY KAMI - SENANG & TANPA TEKANAN

Kongsikan Info Ringkas

Nama syarikat + Anggaran pax + Tarikh (optional)

Tak lengkap pun tak pa

Kami Sediakan Cadangan

Proposal + Anggaran kos berdasarkan situasi anda

Semua masih cadangan bukan commitment

Explore & Decide

Bincang. adjust atau sekadar survey sahaja

Tiada tekanan untuk terus proceed

Ini bukan booking Ini proses survey

Tiada commitment

Tiada bayaran

Tiada pressure

Jom! Rancang

Program Team Building

Anda Sekarang.

Biar kami bantu anda

Disesuaikan

Mengikut objektif & budget

Aktiviti Fun + Learning

Bukan sekadar bermain

Pengalaman

Fasilitator sebenar

Bantu

HRDC dan cadangan lokasi

Kami biasa respond terus, tapi kadang-kadang tu

dalam masa 5-10 minit juga.