Program Team Building 2 Hari 1 Malam PNS SUK Selangor di Amverton Cove

Program Team Building PNS SUK Selangor selama dua hari penuh di Amverton Cove menggabungkan engagement, Samurai Warrior dan dua cabaran outdoor.

Kongsi di:

Warga PNS SUK Selangor selepas Program Team Building di Amverton Cove Pulau Carey

Program dua hari tidak semestinya terasa terlalu singkat untuk membina sebuah perjalanan pasukan yang lengkap.

Perbezaannya terletak pada cara kedua-dua hari tersebut digunakan.

Apabila program bermula lewat pada hari pertama dan berakhir sebelum tengah hari pada hari kedua, masa sebenar untuk aktiviti mungkin hanya beberapa jam.

Namun, perjalanan Program Team Building Perbendaharaan Negeri Selangor, SUK Selangor kali ini berbeza.

Program bermula pada jam 10.00 pagi pada 4 Julai dan hanya berakhir sekitar jam 5.00 petang pada 5 Julai 2026.

Dengan kedua-dua hari digunakan sepenuhnya, hampir 80 peserta mempunyai masa yang cukup untuk melalui flow pembinaan pasukan secara berperingkat—bermula dengan engagement, pembentukan chemistry, cabaran indoor dan outdoor sehinggalah reflection serta closing session.

Program berlangsung di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey dengan peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan.

Engagement Sebelum Memulakan Cabaran

Apabila hampir 80 orang berkumpul dalam satu dewan, keutamaan pertama bukanlah untuk terus menguji kumpulan dengan cabaran yang sukar.

Peserta PNS SUK Selangor bergelak semasa sesi team engagement di Amverton Cove
Sesi engagement membantu peserta mencairkan suasana sebelum membina chemistry dalam kumpulan.

Peserta perlu diberikan masa untuk settle down, menyesuaikan diri dengan suasana program dan bersedia untuk mengambil bahagian.

Sebab itulah program dimulakan dengan sesi engagement.

Aktiviti awal membantu mencairkan suasana serta membina rasa ingin tahu peserta terhadap perjalanan yang bakal mereka lalui sepanjang dua hari.

Daripada hanya duduk bersama rakan sekerja yang sudah biasa, peserta mula bergerak, memberikan respons dan berinteraksi dengan warga PNS yang lain dalam suasana lebih santai.

Gelak tawa yang terhasil bukan sekadar untuk menceriakan dewan.

Ia membantu mengurangkan rasa kekok serta membuka ruang kepada peserta untuk menyertai aktiviti seterusnya dengan lebih terbuka.

Membina Chemistry dalam Lapan Kumpulan

Selepas suasana keseluruhan menjadi lebih selesa, hampir 80 peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan.

Pada peringkat ini, fokus engagement berubah daripada hubungan sesama peserta secara keseluruhan kepada hubungan dalam kumpulan masing-masing.

Ahli kumpulan perlu mula mengenali gaya komunikasi, reaksi dan kekuatan antara satu sama lain.

Ada peserta yang cepat mengambil inisiatif.

Ada yang membantu menghidupkan semangat kumpulan.

Ada juga yang lebih selesa memerhati keadaan terlebih dahulu sebelum mula memberikan sumbangan.

Perbezaan seperti ini merupakan sebahagian daripada dinamika sebuah pasukan.

Matlamatnya bukan untuk menjadikan semua orang mempunyai personaliti atau cara bertindak yang sama. Sebaliknya, kumpulan perlu mencari cara untuk menggunakan perbezaan tersebut bagi mencapai matlamat bersama.

Sebab itulah pembinaan chemistry dilakukan sebelum peserta diberikan cabaran yang lebih kompleks.

Aktiviti Back-to-Back Tanpa Terasa Membebankan

Selepas kumpulan dibentuk, program bergerak dengan pelbagai aktiviti secara back-to-back.

Jadualnya memang padat.

Namun, kepadatan program tidak semestinya menyebabkan peserta berasa terbeban apabila setiap sesi mempunyai variasi, momentum dan tahap keseronokan yang sesuai.

Warga PNS memberikan penglibatan yang sangat baik sepanjang program.

Mereka bermain bersungguh-sungguh, memberikan sokongan kepada kumpulan dan sentiasa bersedia untuk mengetahui cabaran seterusnya.

Apabila peserta sedang menikmati pengalaman tersebut, masa bergerak dengan pantas.

Mereka mungkin tidak sedar bahawa di sebalik keseronokan itu, setiap kumpulan sedang berlatih untuk berkomunikasi, membuat keputusan, membahagikan peranan dan menyesuaikan strategi.

Itulah antara kekuatan pendekatan experiential learning dalam sesebuah program team building.

Pembelajaran berlaku melalui pengalaman, bukan melalui penerangan panjang semata-mata.

Apabila Dewan Tidak Lagi Mencukupi

Dengan hampir 80 peserta dan 8 kumpulan yang bergerak aktif, ruang dewan menjadi terlalu padat untuk sesetengah cabaran.

Separuh daripada peserta kemudiannya dibawa ke kawasan koridor di luar dewan supaya aktiviti dapat diteruskan secara serentak.

Satu bahagian bergerak di dalam dewan, manakala satu bahagian lagi memenuhi ruang di luarnya.

Suasana memang kecoh.

Arahan kumpulan, sorakan dan gelak tawa dapat didengar dari kedua-dua kawasan.

Walaupun keadaan memerlukan sedikit penyesuaian, perjalanan program tidak terhenti.

Situasi tersebut juga menunjukkan pentingnya fleksibiliti dalam pengendalian program berskala besar.

Trainer dan fasilitator perlu mampu menyesuaikan penggunaan ruang, pergerakan kumpulan serta penyampaian arahan supaya semua peserta terus terlibat.

Pada hari itu, boleh dikatakan kawasan dewan dan koridor Amverton Cove memang menjadi milik warga PNS 😆

Samurai Warrior pada Sebelah Malam

Selepas seharian melalui engagement dan teamwork challenge, program diteruskan pada sebelah malam.

Kali ini, suasana dewan berubah sepenuhnya.

Lampu dipadamkan dan peserta dibawa memasuki cabaran Samurai Warrior.

Dalam keadaan yang lebih gelap dan penuh kejutan, setiap kumpulan perlu memahami situasi, menyusun tindakan dan memberikan sokongan kepada ahli pasukan.

Suasana yang pada awalnya tenang tidak mengambil masa lama untuk bertukar menjadi havoc.

Setiap kumpulan mahu melaksanakan strategi mereka, mempertahankan kedudukan dan menghadapi lawan dengan cara tersendiri.

Aktiviti malam seperti ini menghasilkan pengalaman yang berbeza daripada cabaran pada waktu siang.

Elemen suasana, kejutan dan persaingan membantu mewujudkan momen bersama yang lebih kuat untuk diingati oleh peserta.

Malaysia Cergas Seawal Jam Tujuh Pagi

Hari kedua bermula seawal jam 7.00 pagi dengan Malaysia Cergas.

Selepas aktiviti sehingga malam sebelumnya, peserta kembali berkumpul untuk mengaktifkan tubuh dan membina semula momentum sebelum meneruskan program.

Morning exercise kali ini bukan sekadar beberapa pergerakan regangan biasa.

Aktiviti disusun dengan gaya yang lebih interaktif dan menghiburkan sehingga ada peserta mengatakan bahawa mereka tidak pernah melalui exercise seperti itu sebelum ini.

Walaupun hari masih awal, suasana kembali dipenuhi gelak tawa.

Sesi tersebut membantu meningkatkan tenaga peserta sebelum mereka bersarapan dan bersedia untuk cabaran utama di kawasan outdoor.

Dua Station Utama di Taman Amverton Cove

Selepas sarapan, semua peserta bergerak ke kawasan taman di Amverton Cove.

Bagi sesi ini, kami tidak memasukkan local activity semata-mata untuk memenuhi jadual.

Sebaliknya, peserta diberikan dua aktiviti yang memang direka untuk pengalaman berpasukan: Archery Combat dan The Broken Bridge.

Lapan kumpulan dibahagikan kepada dua station.

Empat kumpulan memulakan cabaran di station Archery Combat, manakala empat kumpulan lagi melalui The Broken Bridge.

Selepas pusingan pertama selesai, mereka bertukar station supaya setiap kumpulan dapat mengalami kedua-dua cabaran.

Susunan station seperti ini membantu memastikan pergerakan hampir 80 peserta lebih teratur dan setiap kumpulan mendapat ruang yang mencukupi untuk terlibat.

Strategi dan Koordinasi dalam Archery Combat

Archery Combat membawa peserta memasuki situasi permainan yang pantas.

Peserta PNS SUK Selangor menyertai Archery Combat semasa team building di Amverton Cove
Archery Combat memerlukan setiap pasukan menyusun strategi, membahagikan peranan dan menyelaraskan tindakan.

Kumpulan tidak mempunyai terlalu banyak masa untuk berbincang panjang.

Mereka perlu menentukan peranan, menyusun strategi dan membuat keputusan ketika keadaan sedang berubah.

Ada ahli yang bergerak ke hadapan.

Ada yang memberikan perlindungan.

Ada yang memerhati pergerakan lawan dan menyampaikan maklumat kepada rakan sepasukan.

Jika setiap orang bergerak mengikut keputusan sendiri, pasukan mudah kehilangan koordinasi.

Namun, apabila komunikasi menjadi lebih jelas dan setiap ahli memahami peranan, seluruh pasukan dapat bertindak dengan lebih tersusun.

Di sinilah aktiviti yang menyeronokkan mula menunjukkan pembelajaran tentang teamwork.

Pasukan bukan hanya memerlukan individu yang berani bertindak. Mereka turut memerlukan ahli yang mampu melihat keadaan, memberi arahan, mendengar maklumat dan menyokong strategi bersama.

The Broken Bridge dan Kebergantungan Sesama Ahli

The Broken Bridge pula memberikan bentuk cabaran yang berbeza.

Jika Archery Combat bergerak pantas dan kompetitif, The Broken Bridge memerlukan kumpulan mengawal proses dengan lebih teliti.

Setiap ahli perlu memahami kedudukan, peranan dan tindakan yang diperlukan bagi membantu pasukan bergerak menuju matlamat.

Satu tindakan yang dibuat tanpa koordinasi boleh memberikan kesan kepada seluruh kumpulan.

Peserta mula melihat bahawa sesebuah pasukan tidak boleh bergantung kepada seorang individu sahaja.

Mereka perlu berkongsi maklumat, memberikan sokongan dan memastikan tiada ahli yang tertinggal daripada proses.

Melalui cabaran tersebut, konsep kepercayaan dan kebergantungan sesama ahli tidak hanya diterangkan dalam bentuk teori.

Peserta mengalaminya sendiri.

Aktiviti yang Direka untuk Pengalaman Berpasukan

Sesebuah lokasi mungkin menyediakan pelbagai pilihan local activity yang menyeronokkan.

Namun, untuk program kali ini, Archery Combat dan The Broken Bridge dipilih kerana kedua-duanya dapat dihubungkan secara terus dengan objektif pembangunan pasukan.

Aktiviti bukan hanya dilihat daripada tahap keseronokannya.

Kami turut melihat jenis interaksi yang akan berlaku, peranan yang perlu dimainkan oleh peserta dan pembelajaran yang boleh dibawa ke dalam sesi debrief.

Apabila sesuatu cabaran memerlukan semua ahli terlibat, bonding yang terhasil menjadi lebih kuat.

Peserta bukan sekadar berada di tempat yang sama atau mencuba aktiviti yang sama. Mereka mencipta pengalaman, menyelesaikan masalah dan menghasilkan memori sebagai satu pasukan.

Pemilihan aktiviti seperti ini juga menjadi salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan apabila organisasi menilai sesuatu lokasi team building.

Lokasi yang sesuai bukan hanya perlu mempunyai penginapan dan dewan. Ia turut perlu menyediakan ruang yang membolehkan program indoor dan outdoor dikendalikan mengikut keperluan kumpulan.

Program Masih Bersambung Selepas Checkout

Selepas selesai kedua-dua station, peserta kembali untuk lunch dan membuat urusan checkout bilik.

Namun, checkout bukanlah penamat program.

Peserta berkumpul semula untuk satu lagi sesi energizer.

Tujuannya adalah untuk mengembalikan momentum selepas rehat dan menyediakan mereka bagi cabaran terakhir.

Final game menjadi peluang kepada setiap kumpulan menggunakan semula pengalaman yang telah dibina sejak hari pertama.

Selepas melalui pelbagai aktiviti bersama, ahli kumpulan sudah lebih mengenali cara rakan mereka berkomunikasi, bertindak dan memberikan respons.

Mereka mungkin masih melakukan kesilapan.

Namun, pasukan kini mempunyai lebih banyak pengalaman untuk menyesuaikan strategi dan bergerak dengan lebih teratur.

Closing Session yang Dipenuhi Gelak Tawa

Selepas cabaran terakhir selesai, program bergerak ke closing session.

Peserta diberikan ruang untuk melihat semula perjalanan mereka sejak sesi engagement pada jam 10.00 pagi hari pertama.

Daripada pembentukan kumpulan, aktiviti indoor, Samurai Warrior, Malaysia Cergas, Archery Combat dan The Broken Bridge sehinggalah final challenge, setiap sesi membawa pengalaman tersendiri.

Suasana menjadi semakin meriah apabila gambar candid dan video montage ditayangkan.

Masing-masing dapat melihat semula reaksi, gelagat dan perangai sendiri sepanjang dua hari program.

Ada yang tidak menyedari aksi mereka sempat dirakam.

Ada juga momen yang mencetuskan semula gelak tawa seluruh dewan.

Tayangan montage bukan hanya menjadi hiburan di penghujung program.

Ia membantu peserta melihat bahawa dalam tempoh dua hari, mereka telah mencipta satu koleksi pengalaman dan memori bersama sebagai warga PNS.

Dua Hari yang Digunakan Sepenuhnya

Program PNS SUK Selangor menunjukkan bahawa program 2 hari 1 malam mampu menyediakan perjalanan pembinaan pasukan yang lengkap apabila kedua-dua hari digunakan dengan baik.

Program tidak bermula dengan cabaran paling sukar.

Ia bermula dengan engagement, kemudian bergerak kepada pembinaan chemistry, teamwork challenge, pengalaman malam dan dua cabaran outdoor yang memerlukan kerjasama sebenar.

Selepas lunch dan checkout pun, peserta masih mempunyai tenaga untuk meneruskan energizer, final game dan closing session sehingga jam 5.00 petang.

Walaupun jadual dipenuhi aktiviti secara back-to-back, peserta tidak terasa terbeban kerana mereka benar-benar menikmati setiap pengalaman.

Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan lancar dengan penglibatan yang sangat baik daripada hampir 80 warga Perbendaharaan Negeri Selangor.

Terima kasih PNS SUK Selangor atas kepercayaan yang diberikan kepada team kami.

Semoga pengalaman dan pembelajaran sepanjang program dapat terus memperkukuh komunikasi, kerjasama dan hubungan sesama warga PNS dalam melaksanakan tugasan harian.

Sedang merancang program untuk organisasi anda? Hi! Saya berminat nak survey team building.

Nak Dapatkan

Cadangan Program & Sebut Harga?

Hantar makulmat ringkas - kami akan bantu cadangkan program yang sesuai dengan objektif dan bajet anda

Respons Pantas

Kami akan balas secepat mungkin. (biasanya dalam 1 hari bekerja)

Cadangan Tersuai

Program direka mengikut objektif, busget & keperluan pasukan anda.

Fokus kepada impak

Bukan sekadar aktiviti tetapi pengalaman yang memberi perubahan sebenar.

Boleh Bantu HRDC

Kami bantu dari cadangan program hingga proses claim HRDCorp.