Lokasi Team Building Port Dickson: Retreat SUK Negeri Sembilan di AnCasa Resort
Memilih lokasi team building yang sesuai bukan sekadar mencari tempat yang mempunyai bilik dan dewan. Lokasi tersebut juga perlu mudah diakses, selesa, mempunyai ruang aktiviti yang mencukupi serta menepati bajet organisasi.
Atas faktor inilah AnCasa Resort Port Dickson menjadi antara lokasi yang sering kami cadangkan kepada jabatan kerajaan dan syarikat yang merancang program pembangunan pasukan.
Pada 19 Jun 2026, seramai 51 peserta daripada SUK Negeri Sembilan telah menyertai retreat sehari di AnCasa Resort Port Dickson.
Walaupun hanya berlangsung selama sehari, program ini menggabungkan sesi indoor dan outdoor yang meriah, santai dan penuh dengan pembelajaran berkaitan kerja berpasukan.
Kenapa AnCasa Resort Sesuai untuk Team Building?
Bagi organisasi dari Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya, perjalanan ke Port Dickson mengambil masa sekitar sejam lebih. Tempohnya tidak terlalu jauh untuk perjalanan berkumpulan, tetapi masih memberi suasana yang berbeza daripada persekitaran kerja harian.
Kemudahan bilik, dewan dan kolam renang di AnCasa Resort telah melalui proses naik taraf dan kini lebih selesa untuk peserta.
Resort ini turut menyediakan kawasan padang yang luas untuk aktiviti outdoor. Kedudukannya berhampiran Pantai Teluk Kemang pula memudahkan penganjur yang mahu menambah aktiviti tempatan seperti sea rafting ke dalam jadual program.
Dari sudut kos, AnCasa Resort menawarkan kadar yang berpatutan berbanding kemudahan yang disediakan. Sebab itulah lokasi ini kerap menjadi pilihan pejabat kerajaan.
Bagi syarikat swasta yang mahu mengawal bajet tanpa menurunkan tahap keselesaan program, AnCasa juga merupakan salah satu lokasi team building yang wajar dipertimbangkan.
Program Bermula dengan Mind Setting dan Engagement
Peserta SUK Negeri Sembilan mula tiba sekitar jam 8.30 pagi dan program bermula pada jam 9.00 pagi.
Sesi pembukaan dimulakan dengan “Why We Are Here” bagi membantu peserta memahami tujuan mereka berada dalam program tersebut. Mind setting pada awal program penting supaya peserta tidak melihat aktiviti yang bakal dijalankan sebagai permainan semata-mata.
Sesi kemudiannya diteruskan dengan aktiviti engagement dan pembahagian kumpulan.
Dari awal lagi, peserta menunjukkan tenaga yang sangat tinggi. Tidak kira muda atau senior, semuanya datang dengan topi koboi dan bersedia untuk memberi penglibatan penuh.
Aktiviti indoor yang dijalankan berjaya menceriakan suasana dan membina hubungan awal sebelum peserta bergerak ke sesi outdoor.
Aktiviti Outdoor di Padang yang Luas
Selepas minum pagi, peserta bergerak ke kawasan padang AnCasa Resort untuk memulakan tiga aktiviti outdoor.

Aktiviti pertama ialah Archery Combat.
Setiap kumpulan perlu bergerak pantas, menyusun strategi dan mencari peluang untuk menyerang pihak lawan. Apabila permainan bermula, memang jelas kelihatan semangat warrior dalam kalangan peserta.
Walaupun aktiviti ini sangat menyeronokkan, ia turut memperlihatkan kepentingan komunikasi, strategi dan keberanian membuat keputusan ketika berhadapan dengan tekanan.
The Broken Bridge: Leadership dan Followship
Aktiviti seterusnya ialah The Broken Bridge.
Dalam aktiviti ini, peserta perlu bekerjasama bagi menyelesaikan cabaran dengan sumber dan keadaan yang diberikan. Ia menguji kesabaran, pembahagian peranan serta kemampuan ahli kumpulan mengikuti arahan dan menyesuaikan tindakan.
The Broken Bridge mempunyai pembelajaran yang kuat tentang leadership dan followship.
Pemimpin perlu melihat keseluruhan keadaan, menyusun strategi dan menyampaikan arahan dengan jelas. Pada masa yang sama, ahli pasukan perlu memahami peranan, memberi sokongan dan bertindak berdasarkan keperluan kumpulan.
Aktiviti ini juga membantu peserta melihat kekuatan dan kelemahan pasukan mereka.
Namun, sepanjang permainan memang banyak berlaku momen mencuit hati. Bola terjatuh, strategi tidak menjadi dan reaksi kecewa peserta menjadikan aktiviti ini antara bahagian paling menghiburkan dalam video montaj program.

“Siapa Lem” dan Kepentingan Koordinasi
Aktiviti outdoor terakhir ialah Tic Tac Toe yang kami berikan nama “Siapa Lem”.
Permainan ini digunakan untuk melihat kumpulan yang mampu berkomunikasi dan menyelaras pergerakan dengan pantas berbanding kumpulan yang masih memerlukan masa untuk membuat keputusan.
Aktivitinya ringkas dan menyeronokkan. Debrief juga hanya mengambil masa sekitar lima minit.
Namun, pembelajarannya membuka mata peserta tentang bagaimana komunikasi yang tidak jelas boleh memperlahankan tindakan seluruh pasukan.
Dalam tugasan harian, masalah bukan semestinya berpunca daripada kurangnya kemahiran. Kadang-kadang pasukan menjadi perlahan kerana arahan tidak difahami, maklumat tidak disampaikan dengan tepat atau setiap orang bergerak mengikut andaian sendiri.
Human Pit Stop: People, Process dan Quality
Selepas makan tengah hari, peserta kembali ke dalam dewan untuk meneruskan program melalui aktiviti Human Pit Stop.
Pada awalnya, setiap kumpulan hanya mahu bergerak pantas dan menjadi pemenang.
Namun, selepas aktiviti selesai, debrief menghubungkan pengalaman tersebut dengan tiga elemen penting dalam organisasi, iaitu People, Process dan Quality.
Organisasi memerlukan individu yang memahami peranan masing-masing. Namun, tenaga manusia sahaja tidak mencukupi tanpa proses yang jelas.
Dalam masa yang sama, proses yang pantas tidak semestinya menghasilkan keputusan yang baik sekiranya aspek kualiti diabaikan.
Melalui aktiviti ini, peserta dapat melihat bagaimana ketiga-tiga elemen tersebut perlu bergerak bersama untuk menghasilkan prestasi pasukan yang lebih konsisten.
Retreat yang Fun Tetapi Tetap Ada Pembelajaran
Objektif utama program ini adalah untuk memberikan ruang kepada peserta melepaskan tekanan kerja, membina bonding dan menikmati masa bersama rakan sekerja.
Namun, retreat tidak semestinya berakhir dengan keseronokan sahaja.
Setiap aktiviti dalam program team building ini diolah supaya fun, meriah dan mudah disertai, tetapi tetap mempunyai pembelajaran yang berkaitan dengan situasi sebenar di tempat kerja.
Peserta bermain untuk menang, bergelak apabila strategi tidak menjadi dan meraikan kejayaan bersama kumpulan.
Selepas itu, debrief yang ringkas dan penuh humor membantu mereka melihat mesej di sebalik pengalaman tersebut.
Pendekatan ini membolehkan pembelajaran berlaku secara natural tanpa peserta terasa seperti sedang menghadiri ceramah.
Penutup Program
Program berakhir dengan tayangan video montaj dan gambar-gambar candid yang dirakam sepanjang hari.
Suasana kembali meriah apabila peserta melihat semula reaksi dan gelagat mereka semasa aktiviti dijalankan.
Selepas itu, kumpulan pemenang diumumkan sebelum sesi penyampaian hadiah dan sijil.
Alhamdulillah, keseluruhan retreat SUK Negeri Sembilan berjalan dengan lancar dan mendapat penglibatan yang sangat baik daripada semua peserta.
AnCasa Resort sekali lagi membuktikan bahawa lokasi team building yang baik tidak semestinya terlalu jauh atau terlalu mahal. Dengan dewan yang selesa, padang luas, kemudahan lengkap dan akses berhampiran pantai, lokasi ini sesuai untuk program indoor, outdoor ataupun gabungan kedua-duanya.
Sedang mencari lokasi dan susunan aktiviti yang sesuai untuk organisasi anda? Hi! Saya berminat nak survey team building.