Program Team Building Ban Zen Motors di Melaka

Program team building Ban Zen Motors di Melaka melibatkan 50 peserta dengan fokus leadership, followship, team alignment dan customer-oriented mindset.

Kongsi di:

Peserta Ban Zen Motors dalam program team building di Melaka

Program Team Building Ban Zen Motors di Melaka

Dalam sesebuah organisasi, kejayaan tidak hanya bergantung kepada seorang pemimpin atau satu jabatan sahaja. Sebaliknya, ia bergantung kepada bagaimana setiap individu memahami peranan masing-masing dan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama.

Atas sebab itu, Ban Zen Motors Sdn Bhd telah mengadakan program team building di Ayer Keroh D’Village Resort, Melaka pada 24 Mei 2026.

Program sehari penuh ini melibatkan seramai 50 peserta daripada pelbagai cawangan di seluruh Negeri Melaka dan menggunakan kemudahan tuntutan HRD Corp.

Peserta terdiri daripada pelbagai fungsi pekerjaan termasuk team leader, admin, sales, marketing, promoter dan foreman. Walaupun datang daripada latar belakang kerja yang berbeza, setiap peserta memainkan peranan yang saling berkait dalam memastikan organisasi dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Memahami Tujuan dan Peranan dalam Pasukan

Program dimulakan dengan sesi “Why We Are Here Today” bagi membantu peserta memahami tujuan program serta membina mindset yang lebih bersedia sebelum aktiviti dijalankan.

Sesi ini penting kerana sebelum seseorang dapat bekerjasama dengan baik, mereka perlu memahami sebab mereka berada dalam pasukan tersebut dan matlamat yang perlu dicapai bersama.

Peserta kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan pertama untuk membina chemistry serta keserasian awal dalam kalangan ahli kumpulan.

Aktiviti Outdoor dengan Energy Tinggi

Selepas sesi pagi, peserta bergerak ke kawasan taman berhampiran untuk menjalani aktiviti outdoor.

Peserta Ban Zen Motors menjalani aktiviti Archery Combat di Melaka
Aktiviti Archery Combat menguji strategi, komunikasi dan kepercayaan dalam pasukan.

Walaupun sesi outdoor hanya berlangsung sekitar satu setengah jam, tahap energy yang ditunjukkan oleh peserta memang luar biasa. Dengan 50 peserta yang sangat aktif dan sporting, tiga aktiviti outdoor berjaya dijalankan dalam tempoh tersebut.

Salah satu daripadanya ialah Archery Combat yang memerlukan peserta merancang strategi, berkomunikasi dan mempercayai tindakan ahli pasukan masing-masing.

Aktiviti yang dijalankan membantu peserta melihat bagaimana pembahagian tugas, komunikasi dan kepercayaan antara ahli pasukan memainkan peranan penting dalam mencapai sesuatu objektif.

Pemilihan lokasi team building yang mempunyai ruang indoor dan outdoor turut membolehkan perjalanan program disusun dengan lebih fleksibel.

Leadership, Followship dan Team Alignment

Sesi petang memberi fokus yang lebih mendalam kepada konsep leadership, followship dan team alignment.

Peserta Ban Zen Motors meraikan kejayaan aktiviti team alignment
Penglibatan aktif peserta membantu membina keserasian dan team alignment antara cawangan.

Dalam banyak organisasi, ramai yang memahami kepentingan seorang pemimpin. Namun, tidak ramai yang membincangkan kepentingan seorang follower yang baik.

Hakikatnya, kedua-dua peranan ini saling melengkapi.

Seorang pemimpin yang baik memerlukan pasukan yang memahami arah tuju organisasi. Pada masa yang sama, pasukan yang baik memerlukan pemimpin yang mampu memberikan panduan dan menyampaikan matlamat dengan jelas.

Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta dapat melihat bahawa tiada istilah kerja mudah atau kerja susah dalam sesebuah organisasi. Setiap individu mempunyai tanggungjawab dan sumbangan tersendiri yang membantu organisasi bergerak ke hadapan.

Customer-Oriented Mindset dalam Organisasi

Perbincangan turut menyentuh kepentingan customer-oriented mindset, khususnya bagi organisasi yang sentiasa berurusan dengan pelanggan.

Walaupun sesetengah peserta tidak berhadapan secara langsung dengan pelanggan, hasil kerja mereka tetap memberi kesan kepada pengalaman pelanggan secara keseluruhan.

Apabila semua bahagian memahami pelanggan dengan lebih baik, mereka juga lebih mudah memahami mengapa sesuatu keputusan, arahan atau perubahan perlu dilaksanakan.

Kesedaran ini membantu peserta melihat hubungan antara tugas harian mereka dengan matlamat organisasi yang lebih besar.

Program Team Building HRD Corp di Melaka

Program ini turut menunjukkan bagaimana program team building HRD Corp boleh disusun dengan gabungan aktiviti indoor, outdoor dan sesi pembelajaran yang mempunyai objektif jelas.

Pendekatan experiential learning membolehkan peserta memahami mesej berkaitan leadership, followship dan kerjasama melalui pengalaman yang mereka lalui sendiri—bukan sekadar mendengar penerangan secara teori.

Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan lancar dan menerima maklum balas yang baik daripada peserta. Antara petunjuk terbaik kejayaan program ialah apabila PIC berasa lega dan pihak pengurusan berpuas hati dengan perjalanan serta hasil program. 😁

Semoga Ban Zen Motors terus maju dan berkembang dengan pasukan yang semakin kuat, bersatu serta memahami peranan masing-masing dalam organisasi.

Jika organisasi anda sedang merancang program untuk memperkukuhkan leadership, followship dan team alignment, kami boleh membantu mencadangkan pengisian yang sesuai dengan keperluan pasukan anda.

Nak Dapatkan

Cadangan Program & Sebut Harga?

Hantar makulmat ringkas - kami akan bantu cadangkan program yang sesuai dengan objektif dan bajet anda

Respons Pantas

Kami akan balas secepat mungkin. (biasanya dalam 1 hari bekerja)

Cadangan Tersuai

Program direka mengikut objektif, busget & keperluan pasukan anda.

Fokus kepada impak

Bukan sekadar aktiviti tetapi pengalaman yang memberi perubahan sebenar.

Boleh Bantu HRDC

Kami bantu dari cadangan program hingga proses claim HRDCorp.