Program Team Building KPKM di Kuala Terengganu (Fokus Employee Engagement Melalui Experiential Learning)

Tidak semua program team building perlu dipenuhi dengan aktiviti outdoor yang lasak. Dalam sesetengah organisasi, pendekatan yang lebih sesuai ialah menggunakan aktiviti sebagai pembuka kepada proses pembelajaran agar peserta lebih mudah memahami sesuatu topik.

Kongsi di:

Tidak semua program team building perlu dipenuhi dengan aktiviti outdoor yang lasak. Dalam sesetengah organisasi, pendekatan yang lebih sesuai ialah menggunakan aktiviti sebagai pembuka kepada proses pembelajaran agar peserta lebih mudah memahami sesuatu topik.

Itulah pendekatan yang digunakan dalam Program Team Building KPKM yang berlangsung di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu pada 10 hingga 12 Jun 2026 melibatkan seramai 30 peserta.

Program ini menggabungkan aktiviti team building bersama beberapa sesi pengisian dalaman yang dikendalikan oleh pegawai dan ketua bahagian KPKM sendiri.

Berbeza dengan program biasa, peranan pasukan fasilitator kali ini adalah membina engagement sebelum peserta memasuki sesi pembelajaran rasmi.

Sebelum sesuatu topik dibincangkan, peserta terlebih dahulu menjalani aktiviti experiential learning yang direka khusus bagi memberi gambaran awal tentang situasi atau cabaran yang berkaitan dengan topik tersebut.

Pendekatan ini menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami.

Apabila peserta telah mengalami sendiri sesuatu situasi melalui aktiviti, mereka lebih mudah menghubungkan pengalaman tersebut dengan penerangan yang diberikan dalam sesi seterusnya.
Inilah kekuatan experiential learning.

Peserta bukan sekadar mendengar teori, tetapi mengalami sendiri pengalaman yang menjadi asas kepada proses pembelajaran.

Sepanjang tiga hari program berlangsung, keseluruhan aktiviti dijalankan secara indoor dan disusun agar selari dengan perjalanan sesi-sesi organisasi.

Walaupun tidak melibatkan aktiviti outdoor, suasana program tetap aktif, interaktif dan penuh dengan penglibatan peserta.

Setiap aktiviti menjadi penghubung kepada sesi seterusnya, menjadikan keseluruhan program lebih tersusun dan saling melengkapi.

Pendekatan seperti ini sangat sesuai untuk organisasi yang ingin menggabungkan latihan dalaman dengan aktiviti team building tanpa mengorbankan objektif pembelajaran.

Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan lancar dan setiap sesi berjaya dilaksanakan mengikut perancangan.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan perbincangan sepanjang program ini memberi manfaat kepada semua peserta serta dapat diaplikasikan dalam tugasan harian masing-masing.

Nak Dapatkan

Cadangan Program & Sebut Harga?

Hantar makulmat ringkas - kami akan bantu cadangkan program yang sesuai dengan objektif dan bajet anda

Maklumat anda adalah selamat

dan hanya digunakan untuk penyediaan kertas cadangan program sahaja.

Respons Pantas

Kami akan balas secepat mungkin. (biasanya dalam 1 hari bekerja)

Cadangan Tersuai

Program direka mengikut objektif, busget & keperluan pasukan anda.

Fokus kepada impak

Bukan sekadar aktiviti tetapi pengalaman yang memberi perubahan sebenar.

Boleh Bantu HRDC

Kami bantu dari cadangan program hingga proses claim HRDCorp.

Tak pasti lokasi mana paling sesuai?

Kami cadangkan berdasarkan pengalaman sebenar, termasuk likaso lain seperti Langkawi, Pangkor, Redang, Taman Negara, Hulu Langat dan banyak lagi.

Setiap lokasi memberi pengalaman yang berbeza.

Sebab itu pemilihan lokasi yang tepat sangat penting untuk kejayaan program.

Cadangan Percuma

Disesuaikan dengan anda

Berpegalaman & dipercayai

Privasi terjamin