Dalam dunia jualan dan perkhidmatan pelanggan, kejayaan bukan sahaja bergantung pada kemahiran teknikal atau pengetahuan tentang produk. Mindset, semangat pasukan dan kemampuan untuk terus bergerak ketika berhadapan dengan cabaran turut memainkan peranan besar dalam menentukan prestasi seseorang individu dan organisasi.
Atas keperluan tersebut, Prudential BSN Takaful telah mengadakan program team building di Tasik Villa International Resort, Port Dickson pada 18 hingga 20 Mei 2026. Program selama 3 hari 2 malam ini melibatkan seramai 60 peserta yang terdiri daripada Health Advisor.
Program ini merupakan siri pertama daripada enam siri pembangunan pasukan yang dirancang sepanjang tahun 2026. Selain mengukuhkan hubungan dalam pasukan, program turut memberi fokus kepada pembinaan mindset, peningkatan engagement dan penyelarasan peserta ke arah matlamat yang sama.
Siri Pertama Daripada Enam Program
Sebagai pembukaan kepada enam siri yang dirancang, program pertama ini menjadi asas penting untuk membina momentum peserta.
Apa yang menarik, pihak Prudential BSN Takaful memberikan perhatian yang sangat teliti terhadap setiap aspek perjalanan program. Tentatif, pengisian, aliran aktiviti dan persediaan awal dirancang bagi memastikan setiap sesi mempunyai objektif yang jelas serta memberikan nilai kepada peserta.
Komitmen tersebut dapat dilihat apabila pasukan penganjur dan fasilitator hadir sehari lebih awal untuk menjalankan persediaan dan rehearsal sebelum program bermula.
Persediaan awal seperti ini membantu setiap pihak memahami perjalanan program, memastikan keperluan teknikal tersedia dan mengurangkan kemungkinan berlakunya gangguan semasa sesi sebenar.
Mindset untuk Berhadapan dengan Cabaran Jualan
Peserta program terdiri daripada Health Advisor yang sentiasa berhadapan dengan cabaran dunia jualan, sasaran prestasi dan keperluan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Dalam persekitaran seperti ini, seseorang bukan sahaja memerlukan kemahiran dan pengetahuan. Mereka juga perlu memiliki mindset yang betul untuk kekal konsisten, menangani cabaran dan terus bergerak apabila berhadapan dengan penolakan atau perubahan keadaan.
Kadangkala, apa yang diperlukan bukan sekadar ilmu baharu. Peserta juga memerlukan peluang untuk berhenti seketika daripada tekanan kerja, menyusun semula pemikiran dan melihat kembali tujuan lebih besar di sebalik pekerjaan yang dilakukan setiap hari.
Sebab itu, sebahagian besar pengisian dalam program team building ini memberi fokus kepada mindset, engagement serta kepentingan bergerak sebagai satu pasukan.
Experiential Learning yang Meningkatkan Engagement

Sepanjang tiga hari program berlangsung, peserta mengikuti gabungan aktiviti team building, sesi perkongsian daripada trainer jemputan, pengisian pihak leadership dan pelbagai aktiviti experiential learning yang disusun mengikut objektif program.
Pendekatan experiential learning membolehkan peserta memahami sesuatu konsep melalui pengalaman sebenar. Mereka tidak hanya duduk dan mendengar penerangan, tetapi perlu membuat keputusan, menyelesaikan cabaran, berkomunikasi dan bekerjasama sepanjang aktiviti.
Aktiviti yang dijalankan turut melibatkan elemen pemikiran strategik, analisis situasi dan penyelarasan tindakan dalam pasukan.
Melalui pengalaman tersebut, peserta dapat melihat sendiri bagaimana sesuatu keputusan individu boleh memberikan kesan kepada keseluruhan pasukan. Mereka juga dapat memahami bahawa matlamat bersama hanya boleh dicapai apabila setiap ahli bersedia memainkan peranan masing-masing.
Walaupun objektif pembelajarannya agak serius, pendekatan yang digunakan tetap santai dan menyeronokkan. Bagi kami, apabila peserta menikmati sesuatu pengalaman, mereka menjadi lebih terbuka dan lebih mudah menerima mesej yang ingin disampaikan.
Gabungan Aktiviti Indoor dan Outdoor

Program ini menggabungkan aktiviti indoor dan outdoor untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih seimbang.
Aktiviti indoor memberi ruang kepada peserta untuk berinteraksi, menyelesaikan tugasan dan melihat kepentingan komunikasi serta perancangan dalam suasana yang terkawal.
Antara aktiviti outdoor yang dijalankan pula ialah Archery Combat. Dalam aktiviti ini, peserta perlu membaca keadaan, menyusun strategi dan bergerak bersama-sama untuk mencapai objektif pasukan.
Walaupun dilaksanakan dalam suasana yang fun, aktiviti tersebut memperlihatkan beberapa elemen penting dalam dunia pekerjaan—antaranya komunikasi yang jelas, kepercayaan, kesediaan menyesuaikan strategi dan kemampuan membuat keputusan di bawah tekanan.
Pemilihan lokasi team building yang mempunyai kemudahan sesuai untuk kedua-dua jenis aktiviti turut membantu memastikan perjalanan program lebih lancar.
Energy dan Penglibatan Peserta
Sepanjang program berlangsung, suasananya sangat positif dan penuh dengan energy. Setiap sesi mendapat penglibatan yang tinggi dan peserta menunjukkan kesediaan untuk mencuba setiap cabaran yang diberikan.
Suasana yang havoc bukan sekadar menceriakan program. Ia juga menunjukkan bahawa peserta berasa selesa untuk berinteraksi dan mengambil bahagian bersama rakan pasukan.
Apabila engagement dapat dibina dengan baik, peserta tidak lagi melihat aktiviti sebagai tugasan yang perlu diselesaikan. Sebaliknya, mereka mula menikmati proses pembelajaran dan memahami kaitannya dengan situasi sebenar dalam pekerjaan.
Membina Momentum untuk Siri Seterusnya
Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan lancar walaupun pengisiannya agak padat.
Sebagai siri pertama daripada enam siri yang dirancang, program ini telah membina asas yang baik untuk perjalanan program seterusnya. Pengalaman daripada siri pertama juga boleh digunakan untuk memperkemaskan pendekatan, meningkatkan engagement dan memastikan objektif pembangunan pasukan terus dicapai.
Program ini membuktikan bahawa team building yang dirancang dengan baik bukan sekadar memberikan ruang kepada peserta untuk berehat atau berseronok.
Ia juga boleh membantu membina semula semangat, memperkukuhkan hubungan, meningkatkan mindset dan menyelaraskan pasukan ke arah matlamat yang sama.
Semoga Prudential BSN Takaful terus maju jaya dan dipermudahkan dalam semua siri pembangunan pasukan yang akan datang.
Jika organisasi anda ingin merancang program team building berfokus mindset, engagement atau pembangunan pasukan jualan, hubungi kami untuk mendapatkan cadangan program yang sesuai.