Apabila sesebuah organisasi berkembang, cabarannya bukan lagi sekadar menyelesaikan tugasan harian. Perkara yang lebih penting ialah memastikan setiap individu memahami peranan masing-masing, tahu bila perlu memimpin dan tahu bila perlu menyokong pasukan.
Atas sebab itu, ARC Sdn. Bhd. dan anak syarikatnya, Abjad Juara Sdn. Bhd., telah mengadakan Program Team Building di DSH Batu Burok Resort, Kuala Terengganu yang menghimpunkan seramai 23 peserta daripada kedua-dua organisasi.
Lebih menarik, program ini turut disertai oleh CEO dan Managing Director kedua-dua syarikat. Kehadiran pihak pengurusan bersama peserta mewujudkan suasana yang lebih terbuka serta memberi peluang kepada semua untuk belajar dan berinteraksi dalam satu platform yang sama.
Program Sehari dengan Pengisian yang Padat
Walaupun program rasmi berlangsung hanya sehari, pengisian yang disusun cukup padat dengan pelbagai aktiviti experiential learning yang menghubungkan pengalaman sepanjang aktiviti dengan situasi sebenar di tempat kerja.
Program dimulakan dengan sesi “Why We Are Here” bagi membantu peserta memahami tujuan program serta menyediakan mindset mereka sebelum aktiviti dijalankan.
Pendekatan ini penting supaya peserta tidak melihat program team building sebagai aktiviti untuk berseronok semata-mata. Setiap tugasan mempunyai mesej dan objektif yang berkaitan dengan komunikasi, kepercayaan, tanggungjawab dan kerjasama pasukan.
Komunikasi, Strategi dan Kepercayaan
Selepas pembahagian kumpulan, peserta menjalani beberapa aktiviti yang menguji komunikasi, strategi dan kerjasama antara ketua dengan ahli pasukan.
Setiap cabaran memerlukan peserta membuat keputusan bersama, membahagikan peranan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Peserta juga perlu menyesuaikan tindakan apabila strategi asal tidak memberikan hasil seperti yang dirancang.

Pemilihan lokasi team building di Kuala Terengganu membolehkan program menggabungkan aktiviti di dalam dewan dan persekitaran luar yang sesuai dengan objektif pembelajaran.
Leadership dan Followship dalam Organisasi
Pada sebelah petang, program diteruskan di dalam dewan dengan tugasan yang memberi refleksi kepada situasi sebenar dalam dunia pekerjaan.
Peserta dapat melihat bahawa kepimpinan bukan sekadar memberi arahan. Seorang pemimpin juga perlu menyampaikan matlamat dengan jelas, membina kepercayaan dan memahami kemampuan ahli pasukannya.
Pada masa yang sama, ahli pasukan perlu memahami tanggungjawab mereka, memberikan sokongan dan bersedia mengambil tindakan untuk membantu pasukan mencapai matlamat bersama.
Dalam organisasi yang sedang berkembang, konsep leadership dan followship perlu bergerak seiring. Pemimpin yang baik memerlukan pasukan yang memahami arah tuju, manakala ahli pasukan yang baik membantu pemimpin melaksanakan perancangan dengan lebih berkesan.

Dua Grant dan Dua Claim HRDC dalam Satu Program
Program ini disertai oleh kakitangan daripada dua entiti dalam kumpulan organisasi yang sama, iaitu ARC Sdn. Bhd. dan Abjad Juara Sdn. Bhd.
Walaupun kedua-dua syarikat mengikuti pengisian yang sama dalam satu program bersama, setiap syarikat menggunakan grant HRDC dan proses tuntutan yang berasingan. Ini bermakna dua grant dan dua claim HRDC diuruskan mengikut syarikat masing-masing tanpa mencampurkan dokumentasi tuntutan.
Susunan seperti ini membolehkan dua syarikat dalam satu kumpulan mengikuti program team building HRDC secara bersama sambil memastikan proses grant, senarai peserta dan tuntutan dikendalikan secara berasingan bagi setiap entiti.
Pembelajaran yang Menyeronokkan
Walaupun jadual program agak padat, suasana sepanjang hari tetap dipenuhi gelak tawa, semangat dan penglibatan aktif daripada semua peserta.
Ini membuktikan bahawa pembelajaran yang menyeronokkan lebih mudah diterima dan diingati. Apabila peserta benar-benar terlibat dalam sesuatu pengalaman, mereka lebih mudah memahami kaitannya dengan cara bekerja dan berinteraksi dalam organisasi.
Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan lancar dan semua peserta memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang aktiviti berlangsung.
Semoga ARC Sdn. Bhd. dan Abjad Juara Sdn. Bhd. terus berkembang maju dengan pasukan yang semakin kukuh, saling melengkapi dan bersedia menghadapi cabaran pada masa hadapan.