Program Team Building Prudential BSN Takaful Siri 2 di Port Dickson

Program Team Building Prudential BSN Takaful Siri 2 di Port Dickson melibatkan 60 peserta dengan fokus terhadap team engagement, mindset dan kerjasama.

Kongsi di:

Peserta Program Team Building Prudential BSN Takaful Siri 2 di Port Dickson

Membina pasukan yang kuat bukanlah sesuatu yang boleh dicapai melalui satu program sahaja. Ia memerlukan usaha yang konsisten, pendekatan yang berterusan dan peluang untuk setiap individu berkembang bersama organisasi.

Atas sebab itu, Prudential BSN Takaful meneruskan komitmen mereka melalui Program Team Building Siri 2 yang berlangsung di Tasik Villa International Resort, Port Dickson pada 5 hingga 7 Jun 2026 dengan melibatkan seramai 60 peserta.

Program ini merupakan sebahagian daripada enam siri pembangunan pasukan yang dirancang sepanjang tahun 2026.

Pembangunan Pasukan Secara Berterusan

Walaupun lokasi, struktur dan objektif program hampir sama dengan siri pertama, setiap kumpulan peserta membawa pengalaman dan dinamika yang berbeza.

Inilah yang menjadikan setiap siri mempunyai nilai dan pembelajaran tersendiri. Pelaksanaan secara bersiri juga memberi peluang kepada lebih ramai peserta untuk melalui proses pembangunan pasukan yang konsisten.

Pengalaman Pembelajaran yang Melibatkan Peserta

Sepanjang tiga hari program berlangsung, peserta mengikuti pelbagai aktiviti experiential learning yang direka bagi membantu membina mindset yang lebih positif, meningkatkan engagement dan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan.

Aktiviti outdoor Program Team Building Prudential BSN Takaful di Port Dickson
Aktiviti experiential learning membantu meningkatkan komunikasi, kerjasama dan penglibatan peserta.

Selain sesi yang dikendalikan oleh fasilitator, peserta turut mengikuti pengisian daripada trainer jemputan dan pihak leadership Prudential BSN Takaful sendiri.

Pendekatan ini membantu memastikan peserta bukan sahaja memperoleh pengalaman melalui aktiviti, tetapi turut mendapat perspektif yang lebih luas tentang peranan mereka dalam organisasi.

Membina Mindset dan Team Engagement

Sebagai Health Advisor, peserta sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam dunia jualan dan perkhidmatan pelanggan.

Justeru, program seperti ini memberi ruang kepada mereka untuk keluar seketika daripada tekanan harian dan melihat semula tujuan, motivasi serta matlamat yang ingin dicapai bersama.

Aktiviti yang dijalankan banyak memberi fokus kepada komunikasi, kerjasama, pemikiran strategik dan kemampuan untuk bergerak sebagai satu pasukan.

Pemilihan lokasi team building yang sesuai turut membantu menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada peserta.

Pembelajaran Mesti Menyeronokkan

Seperti biasa, elemen yang paling penting tetap dikekalkan — pembelajaran mesti menyeronokkan.

Apabila peserta menikmati pengalaman yang dilalui, mereka lebih mudah untuk melibatkan diri. Apabila mereka terlibat secara aktif, mesej pembelajaran juga lebih mudah difahami dan diingati.

Sepanjang program berlangsung, suasana sentiasa meriah dengan gelak tawa, semangat dan penglibatan aktif daripada peserta.

Peserta Prudential BSN Takaful terlibat dalam aktiviti santai semasa program team building
Elemen pembelajaran yang menyeronokkan membantu peserta terlibat dengan lebih aktif sepanjang program.

Walaupun jadual program agak padat, tahap komitmen yang ditunjukkan oleh peserta sangat membanggakan.

Mengekalkan Momentum Positif dalam Organisasi

Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang dirancang.

Program seperti ini membuktikan bahawa pembangunan pasukan yang berterusan mampu membantu organisasi mengekalkan momentum positif, memperkukuhkan hubungan dan memastikan semua ahli pasukan bergerak ke arah matlamat yang sama.

Semoga Prudential BSN Takaful terus maju jaya dan berjaya dalam siri-siri program yang akan datang.

Nak Dapatkan

Cadangan Program & Sebut Harga?

Hantar makulmat ringkas - kami akan bantu cadangkan program yang sesuai dengan objektif dan bajet anda

Respons Pantas

Kami akan balas secepat mungkin. (biasanya dalam 1 hari bekerja)

Cadangan Tersuai

Program direka mengikut objektif, busget & keperluan pasukan anda.

Fokus kepada impak

Bukan sekadar aktiviti tetapi pengalaman yang memberi perubahan sebenar.

Boleh Bantu HRDC

Kami bantu dari cadangan program hingga proses claim HRDCorp.